
Dewan Serbaguna
Dewan serbaguna merupakan sebuah ruang yang dirancang untuk memenuhi kepelbagaian keperluan komuniti. Dengan fungsi utama sebagai tempat pembelajaran, dewan ini menawarkan suasana yang kondusif untuk kelas-kelas berbilang disiplin. Ruangnya yang luas dan fleksibel membolehkan penggunaan yang kreatif, menjadikannya sesuai untuk kuliah, bengkel, dan seminar. Selain itu, dewan ini juga menjadi tempat kegiatan dalaman yang bersifat sosial dan komuniti.

Bangunan Pentadbiran
Pembinaan bangunan Pentadbiran sebagai pusat pengurusan bagi maahad tahfiz, sekaligus memainkan peranan penting dalam penyelarasan dan pengawalseliaan operasi harian.

Asrama Pelajar
Program Baik Pulih Asrama Pelajar adalah inisiatif untuk memperbaharui dan meningkatkan keselesaan serta kualiti pengalaman penginapan pelajar. Antara bahagian asrama yamg perlu dibaikpulih ialah lantai mozek, tandas dan siling bangunan.

Makanan & Minuman
Pembiayaan kos makananan dan minuman yang berkhasiat dan bernutrisi pelajar setiap hari.

Elaun Asatizah
Gaji dan elaun asatizah adalah bentuk penghormatan kepada para pendidik. Gaji yang kompetitif disertai dengan elaun khusus menegaskan penghargaan terhadap keilmuan dan perana penting yang dimainkan oleh asatizah dalam membimbing dan mendidik pelajar.

Kos Operasi
Peruntukan dana yang mencukupi untuk menyokong operasi dan penyelenggaraan . Dana ini digunakan untuk memastikan lingkungan pembelajaran yang kondusif, menyediakan peralatan pengajaran, pemeliharaan fasiliti, dan keperluan harian untuk para pelajar.
Sasaran dana ialah RM550,000.
Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Maahad Tahfiz Assohabah(MATAS)
Tonton video penerangan dari Tuan Mudir Ustaz Mohd Rahman Bin Ab Mijan.
Menggilap Da’ie Berilmu dan Bertaqwa
Objektif Maahad Tahfiz Assohabah(MATAS) ditubuhkan ialah untuk memberikan pendidikan asas Al Quran dan fardhu ain dan seterusnya melahirkan pelajar yang menjadi da’ie yang yang berilmu dan bertaqwa. Bermula dengan hanya sebuah cawangan kecil di Kota Kinabalu, Sabah kecil pada tahun 2105, MATAS terus mengorak langkah bersama-sama peredaran masa dalam terus memperjuangkan dan memperkasakan generasi Al-Quran.

Visual Bakal Da’ie Penyebar Islam
Ikuti gambar-gambar dan video-video aktivitti para pelajar MATAS di bilik kuliah, sarau, aktiviti riadah dan lain-lain .

Sumbangan Online Memudahkan Urusan
Kami menyediakan kemudahan untuk membuat sumbangan secara sekali sahaja(one time off) atau secara bulanan menggunakan kad debit/kad kredit, Apple Pay, Google Pay dan GrabPay.
Ayuh. Marilah kita menyumbang sekarang!
Berita & Post Terbaharu
Teguran Rasulullah Buat Ahli Masjid
Dalam sebuah hadith, Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu masa nanti, manusia kelihatan solat…
Sikap Wajah
Al-Imam al-Bukhari merekam percakapan beberapa pria yang bertanya kepada saidina Abdullah bin Umar tentang sikap…
Paling Baik Terhadap Ahli Keluarga
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ…