
| Sa’d bin Hisham bin Amir telah datang ke Madinah dan bertemu dengan Saidatina Aisyah dan bertanya: يَا أُمَّ المُؤمِنِينَ ! أَنبئِينِي عَن خُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ ؟ “Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kami tentang akhlak Rasulullah.” Lalu Aisyah menjawab dan bertanya kepadanya: “Apakah engkau tidak membaca al-Quran?” Sa’d menjawab: Bahkan aku membacanya. Lalu Aisyah berkata: قَالَت : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ . “Sesungguhnya akhlak Nabi SAW itu adalah al-Quran.” (HR Muslim) |
![]() |
| Menurut al-Imam al-Nawawi, yang dimaksudkan dengan akhlak Nabi itu adalah al-Quran ialah: العمل به ، والوقوف عند حدوده ، والتأدب بآدابه ، والاعتبار بأمثاله وقصصه ، وتدبره ، وحسن تلاوته “(Iaitu Baginda) Beramal dengan al-Quran, berhenti disempadan yang ditetapkan, beradab dgn adab al-Quran, mengambil iktibar darinya, bertadabbur dan tilawah yg baik.” (Sharh Muslim) Manakala menurut Ibn Rajab pula, yang dimaksudkan dengan akhlak al-Quran itu ialah keredaan dan kemarahan Rasulullah adalah berteraskan kepada apa yang telah digariskan dalam al-Quran. Kata beliau يعني أنه كان يتأدب بآدابه ويتخلق بأخلاقه ، فما مدحه القرآن كان فيه رضاه ، وما ذمه القرآن كان فيه سخطه Iaitu Baginda beradab dengan adab al-Quran, berakhlak dengan panduan al-Quran, maka apa sahaja yang dipuji oleh Allah dalam al-Quran maka itulah keredaan Baginda, dan apa sahaja yang dikeji oleh al-Quran, maka itulah kemarahan Baginda. (Jami’ Ulum wa al-Hikam) al-Qadhi Iyad pula menjelaskan bahawa akhlak Nabi adalah setiap panduan yang boleh didapati dalam al-Quran. Kata beliau: أي خلقه كان جميع ما حصل في القرآن ، فإنَّ كُلَّ ما استحسنه وأثنى عليه ودعا إليه فقد تحَلَّى به “Iaitu akhlak Baginda itu adalah setiap apa yang dihimpunkan di dalam al-Quran. Apa sahaja yang dinilai baik, dipuji dan diseru oleh al-Quran, maka Rasulullah akan menghiasi dirinya dengan perkara tersebut.” (al-Shifa) |
![]() |
| Oleh yang demikian, setiap panduan dan bimbingan Allah mengenai sifat amanah, memperjuangkan keadilan, ketegasan dalam hukum, bersifat berani dan menyantui seluruh makhluk, maka itulah akhlak Rasulullah. Semoga Allah membimbing kita |



