About

Sejarah Penubuhan

Permulaan penubuhan maahad tahfiz ini daripada tarikh 8 Mei 2015 dengan nama Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin ( PPSS ) dan pada tahun 2023 telah bertukar nama yang baru kepada Maahad Tahfiz Assohabah ( MATAS ) dan mempunyai 3 cawangan keseluruhannya di Sabah iaitu :-

  1. MAAHAD TAHFIZ ASSOHABAH KOTA KINABALU.
  2. MAAHAD TAHFIZ ASSOHABAH SEMPORNA PULAU BUM – BUM.
  3. MAAHAD TAHFIZ ASSOHABAH MUSLIMAT TOBO- TOBO.

Visi MATAS

Visi Maahad Tahfiz As-Sohabah(MATAS) ialah

Melahirkan generasi muda yang celik Al-Quran, berilmu dan berakhlak mulia.
Melahirkan generasi muda yang dapat membudayakan Al-Quran dalam kehidupan.
Mengangkat dan memartabatkan Al-Quran serta meletakkannya pada maqam yang tertinggi sesuai dengan nilai tamadun ilmu yang terkandung di dalamnya.
Membangunkan Pusat Tahfiz Quran sebagai pusat pengajian yang mampu melahirkan generasi muda yang celik mindanya terhadap Al-Quran.

Misi MATAS

Misi Maahad Tahfiz As-Sohabah(MATAS) ialah

Melahirkan generasi muda yang dapat mengangkat bangsa dan agama menerusi ilmu wahyu.
Melahirkan dan membentuk generasi muda yang memiliki cabang ilmu yang tinggi dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian dan mengembangkannya sesuai dengan tuntutan dan kehendak agama.
Melahirkan modal insan yang berketerampilan, kepimpinan dan berwawasankan Al-Qur’an dan As-Sunnah
Melahirkan modal insan yang berketerampilan, kepimpinan dan berwawasankan Al-Qur’an dan As-Sunnah

Matlamat MATAS

Matlamat Maahad Tahfiz As-Sohabah(MATAS) ialah

Melahirkan satu generasi AL QUR,AN yang benar – benar memahami tentang kitab suci AL QUR’AN yang ditinggalkan oleh bagindah Nabi Muhammad SAW.
Menanamkan kepentingan memperlajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah – perintah Allah SWT.
Mencetuskan generasi yang beramal mulia dengan berpandukan kepada Al Qur’an dan Sunnah dalam kehidupan Rasulullah SAW serta menjadi insan yang benar- benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
Dapat meningkatkan pengetahuan generasi muda islam di negeri Sabah.

Marilah menyumbang pada dana pembinaan & pembangunan Maahad Tahfiz As-Sohabah(MATAS)

Kami memerlukan sumbangan anda

Allah Taala berfirman dalam ayat 195 surah al-Baqarah: